Peraturan Wikipedia:Bulan Asia Wikipedia 2019

Secara ringkas: Rencana baru, berkaitan Asia (rakyat, tempat, budaya dan lain-lain), bermutu baik, minimum 3,000 bait dan 300 patah perkataan, dihasilkan pada bulan November 2019 dan bukannya suatu senarai.

  • Rencana baru yang dihasilkan oleh anda (bukannya rencana tunas yang dikembangkan) pada 1 November 2019 0:00 sehingga 7 Disember 2019 23:59 (UTC).
  • Rencana hendaklah sekurang-kurangnya 3,000 bait dan sekitar 300 patah perkataan panjangnya. (tidak termasuk Kotak maklumat, templat dll.)
  • Rencana itu memenuhi kriteria kelayakan.
  • Rencana tersebut mempunyai rujukan yang baik, kenyataan yang boleh menimbulkan keraguan dan kontroversi hendaklah disahkan oleh petikan yang disenaraikan di dalam rencana.
  • Rencana bukan sepenuhnya diterjemahkan dengan menggunakan mesin dan mempunyai gaya bahasa yang memadai.
  • Tiada masalah atau isu (tiada teg) di dalam rencana
  • Rencana yang dihasilkan hendaklah bukan suatu senarai
  • Rencana tersebut bermaklumat.
  • Rencana tersebut mengenai sebarang topik atau tajuk berkaitan negara Asia selain daripada negara anda. (contoh, pengguna Malaysia hendaklah menghantar rencana yang berkaitan dengan Asia selain Malaysia.)
  • Rencana yang dihantar oleh seseorang penganjur perlu diperiksa oleh penganjur-penganjur yang lain.
  • Rencana yang dihasilkan oleh pengguna alamat IP tidak diterima. Sila cipta akaun terlebih dahulu.
  • Catatan: Juri daripada Wikipedia tempatan yang akan menentukan sama ada sesebuah rencana itu layak atau tidak.